Make your own free website on Tripod.com

 

   Ketua Satu IPS

HASYUDA ABADI

 


Ketua Satu Menulis 

MEMAHAMI PUISI

BILA yang paling menyenangkan apabila karya dibicarakan. Lebih membahagiakan ketika karya itu mendapat pujian. Setelah bermati-matian mencari diksi terbaik akhirnya berjaya memikat fikir pembaca. mungkinkah begini yang diingini semua penulis? .

Kini sudah amat jarang setiap bicara karya mendapat sambutan yang kontra, biasanya pro, ikut saja, walau pun ada apresiasi yang tidak enak dalam pandangan orang lain itu. Ya, masing-masing pembaca punya pandangan yang beda, tidak semestinya harus sama persis fikiran asal karya. Ini soal intipati. Khususnya puisi, intipati sewajarnya menjadi keutamaan namun kelemahan memilih diksi atau kata-kata yang sesuai menjadi karya itu hambar dan kosong. Soal intipati puisi pernah menjadi polimik suratkhabar. Jasni Matlani memilih bahasa (diksi) malah saya memilih intipati kemudian barulah menjurus kepada bahasa.

Nah, masing-masing ada pandangan yang beda, akhirnya tidak ada yang tidak penting. Namanya puisi mesti enak didengar tetapi enak didengar tentu saja tidak juga berhasil jika entah apa pula maksudnya. maknanya setiap kata ada tandanya, setiap tanda ada maknanya, setiap makna ada fikirannya. Jika kita kalut membaca makna pada puisi bermakna ada kegagalan yang perlu dicari jawapan. Tidak ada jalan mudah memahami puisi.

Kita telah banyak didedahkan caranya hingga diperkenalkan menerusi tanda atau semiotik. Malangnya sering juga kegagalan kita, bukan kerana kita tidak temui apa-apa, tetapi memang puisi itu tidak memberi sebarang tanda untuk difahami. Kerana itu, jika kita gagal mencari makna puisi, jangan risau, jangan peningkan kepala. jangan fahami apa-apa daripada karya yang kosong begitu. Walaupun penulis ada lesen untuk menulis puisi bukan bererti ada kebebasan yang berleluasa untuk melakukan apa saja.

"Jika anda memahami puisi anda, bermakna anda berjaya membahagiakan jiwa dan fikiran, jika anda gagal memahami puisi orang lain, bermakna anda juga berjaya untuk menjadikan orang lain itu berada dalam kebahagiaannya sendiri.