Assalamu alaikum ... Selamat Datang ke Laman Web   Gerbang Sasterawan Sabah

(Diusahakan sepenuhnya oleh Institut Penilaian Sastera (INPES))

 

Muka Depan | Latar Belakang | Objektif | Pengarah Urusan | Sidang Redaksi | Persatuan Penulis | Pautan

 

 

 

 

 

 

 

Dari Sidang Redaksi

SENARAI KARYAWAN SABAH

Amil Jaya

Harun Hj Salleh

K.Bali

Jamdin Buyung

Noraini Hj Salleh

Dayang Salmah

Shuhaibun Yussuf

Seri Nanti

Rajuna Keningau

Ahzam Sabah

Aziz Ahmad

ABM Fajeer

Dahali Alias

R Hamzah Dua

Zaiton Ajamain

Ramlee AR

Rubiah Nordin

Azmah Nordin

 

 

 

 

Shuhaibun Yussuf

MALAM TINTA EMAS

EMAS dimaksudkan sebagai cemerlang memang sesuai, pertama ditujukan kepada Majlis Bahasa dan Sastera Sabah (MBSS) dan kedua kepada semua penulis yang hadir yang Datuk Sapawi anggap merupakan vip yakni orang-orang penting yang diraikan. Ketua Menteri yang meluangkan waktunya hadir menghadiahkan sesuatu yang amat bermakna. Senyumnya turut meletakkan harapan yang tinggi bahawa para penulis mampu melahirkan karya-karya sastera yang bernilai.  

Benarlah bahawa majlis Malam Tinta Emas amat sesuai untuk mempertemukan para penulis lama dan baru. Ini terbukti dengan kehadiran penulis yang sudah lama tidak bersama-sama seperti RM Jasni, Datuk Hj Halik Zaman, Hjh Noraini Datuk Hj Salleh,suaminya Hj Mohd Ahyar Nasution, Datuk Murshidi Nambi, Datuk Dahali Elias, Cikgu Hj Aziz Ahmad, Sidek Kolo di samping Pak Shuhaibun, Hjh Dayang Salmah, Datuk Hj Ismail Abbas dan rakan-rakan seangkatan saya dari utara seperti Saibil Madun, Ramli Golah, Jair Sulai, Azmah Nordin, Siti Rahmah Ibrahim, Adyloil Rauf, Saik Darwisus, Cikgu Ramli AR, Masrani Madun, Jasni Matlani, Sairah Antin, Daniel Janaun, AMB Fajeer,Ustaz Haji Jalidar, Ustaz Haji Ariffin Arif, Mad Sakiran dan yang lebih muda misalnya Mabulmaddin Hj Shaiddin, Oneh Latifah Osman, Welin Ebal dan lain-lain.

Bila penulis bertemu, banyak perkisahan menjadi bahan perbualan. Tentang masa lalu, masa kini dan masa mendatang. Ada waktunya perbualan terhenti kerana tidak tahu apakah yang akan berlaku selepas ini. Selepas bertemu apa jadi dengan peribadi seorang pengarang atau peranannya sebagai penulis. Apatah lagi individu yang sudah bergelar sasterawan dan budayawan. Terdapat penulis yang sudah mempunyai gelaran tertentu pada zamannya. Inilah natijahnya apabila bercerita tentang masa mendatang. Saya melihat ini pada raut wajah Rajuna Keningau (RM Jasni) dan Ahzam Sabah (Halik Zaman).

Tetapi mungkin hasil perjumpaan begini akan menjana semula minda yang terhenti seketika untuk menghasilkan cerpen, puisi ataupun novel semula. Tentulah tidak mudah. Barangkali ada yang diam tetap dengan bahan yang disimpan sambil yang diam dalam diam berpanjangan disentak oleh pancaran kata-kata rakan taulan akan berfikir apabila pulang. Atau letakan harapan di tempat asalnya namun pada masa yang sama memberi ruang kepada generasi baru mengambil tempat menjawab persoalan-persoalan masa kini yang amat mencabar. Zaman penulis lama tetap menjadi imbauan, kenangan dan pengajaran tertentu kepada penulis generasi baru. Benar ramai penulis lama telah hilang tetapi karya mereka tetap bersama kita. Semangat mereka demikian juga. Ketiadaan K.Bali, Hj Harun Hj Salleh, Seri Nanti yang lebih awal meninggalkan kita menjadi buktinya.

Pada saya bertemu dengan penulis-penulis lama dan seangkatan bahkan penulis baru memberikan harapan yang tidak pernah bernoktah bahawa medan sastera tetap menjadi pilihan dalam perjalanan seorang yang bergelar penulis. Adalah mustahil penulis tidak mempunyai bahan untuk meneruskan perjalanannya dan ini disuarakan kepada saya oleh ABM Fajeer. Pertanyaannya: percayakah saudara penulis kekurangan idea?

Nah, emas diberi tentu saja emas juga yang harus kita tuai. Dengan kata-kata yang lain bijak bistari insan penulis akan mewajahkan emas yang di dalam batinnya nilai jatidiri yang akhirnya dirasai, dinikmati, dilestari oleh orang lain yang menghargai cahaya lilin para penulis. Sengsara seseorang penulis hanya dapat diuji apabila dia berjaya menyampaikan maklumat fikirannya kepada pembaca dengan berkesan. Bukan syok sendiri.  

 

 

 

Amil Jaya

 

 

Dayang Salmah

 

 

Jamdin B

 
Hakcipta Terpelihara © 2003 Institut Penilaian Sastera (INPES).
Dikemaskini pada: 11 Mei 2003. 
Webmaster: inpes@yahoo.com