JASNI MATLANI

JASNI MATLANI dilahirkan di Kampung Kebatu, Beaufort pada 16 November 1962. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebatu, Beaufort dan melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah St.Paul Beaufort. Beliau menyambung pelajaran di dalam bidang keagamaan di sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah Kota Kinabalu pada tahun 1975. Beliau bertugas di Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu pada tahun 1981 hingga 31 Disember 1996. Selepas itu beliau menceburkan diri dalam dunia perniagaan dan menjadi penulis bebas. Kini beliau bertugas sebagai Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Pertanian dan Perindustrian Pemakanan Sabah.

Keterlibatannya dalam bidang kesusasteraan mulai terserlah sewaktu berada di bangku sekolah menengah lagi. Tetapi oleh sebab ketiadaan dorongan beliau hanya mula menulis secara serius di akhbar-akhbar tempatan pada tahun 1982.

Puisi pertama Jasni  tersiar di akhbar Sabah Times pada tahun 1982. Karya ini bertajuk Perpisahan membawa persoalan kekeluargaan.

Sehingga kini beliau telah menghasilkan lebih daripada 500 buah puisi hampir 70 buah esei/kritikan sastera dan 15 buah cerpen. Karya-karya tersebut tersiar dalam pelbagai media massa tempatan dan nasional seperti Dewan Sastera, Berita Minggu, Harian Ekspress, Sabah Times, Borneo Mail, Borneo Post dan Wadah. Selain daripda itu karyanya juga termuat di dalam beberapa antologi puisi bersama seperti Kun, Ujana Laut Ujana Hati, Titian Rindu, Nyanyi Dari Desa, Luka Bosnia, Al-Kahfi, Temu Puisi Kuala Lumpur, Kiswah Rindu, Rindu Ilahi dan beberapa antologi puisi lagi. Antologi puisi solo Jasni berjudul Kabus. Manakala antologi cerpennya pula bertajuk Dunia Iris.  

Jasni merupakan penulis Anak Angkat DBP Cawangan Sabah dan pernah menyertai Program Penulisan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) di Jakarta.

Beliau merupakan pengasas persatuan penulis Ikatan Penulis Sabah (IPS) beberapa orang penulis lain pada tahun 1990.