Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

Mengarca Rahsia

 

Selendang Mahabbah

 

ucapku:

mungkin janjiku inilah waktu berjuang di medan

pepeperangan demi peperangan dalam negara peribadi

akulah panglima menggerakkan seluruh anggota

aku dan aku-aku bertempur di medan

aku dan aku-aku yang tewas

di medan peperangan

 

ucap kalbu:

inilah janjiku waktu kembali menyatu

peperangan yang berlalu memulangkan pedoman

aku yang pulang memberi suluh daripada Suluh Tuhan

siaga menghadapi peperangan demi peperangan

di medan diri

 

inilah selendang mahabbah janjiku, ucapku

inilah selendang mahabbah janjiku, ucap kalbu.

 

 

23 Ramadhan 1423

Tanjung Aru