Dondang Puisi Anjung

 PENGENALAN

Acara baca puisi merupakan aktiviti intelektual secara santai. Puisi sebagai sebuah media penyalur buah fikiran menjadi lebih dominan untuk mendekatkannya kepada masyarakat. Puisi menjadi popular sejak kebelakangan ini kerana ia mula diminati bukan sahaja di kalangan orang awam tetapi juga para pemimpin negara. Bandar raya Kota Kinabalu sebagai sebuah pusat ekonomi dan politik juga sewajarnya menjadi pusat kebudayaan dan kesenian kerana hakikat pertembungan budaya daripada pelbagai etnik berlaku di situ. Jestru puisi boleh mempopularkan dunia seni yang terus berkembang kami membulatkan tekad menganjurkan aktiviti yang kami namakan Dondang Puisi Anjung.

 

Aktiviti ini dianjurkan secara bersama oleh Sedcovest Holdings Sdn Bhd, Ikatan Penulis Sabah (IPS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Pertama kali dilaksanakan pada 20 April 2002 di Medan Selera Anjung Senja, Kota Kinabalu.

MATLAMAT

&   Untuk mempromosikan aktiviti sastera secara terbuka

&   Memberi kesempatan kepada masyarakat setempat mengenali lebih dekat para penulis tempatan, dan

&   Menjadikan Anjung Senja sebagai lokasi pertemuan para penulis sekitar bandar raya Kota Kinabalu

 

                                   

ATURCARA

 

TERAJU PENYELENGGARA