|
|
LIRIK NASYID
CIPTAAN USTAZAH ONEY LATIFAH OSMAN

Lirik Nasyid -1
'TIADA TERPADAM
IMAN'
Tiada terpadam iman
tetap terpancar putih
cahaya kalbu, takwa
dalam hidayah, kasih sayang-Nya
*Lihatlah, keindahan
renunglah, keagungan
kebesaran Tuhan
kekuasaan-Nya, tiada tandingan
Tiada terpadam iman
tetap terpancar putih
cahaya kalbu takwa
dalam hidayah, kasih sayang-Nya
*Peganglah, ajaran Al-Quran
ingatlah, sunah Rasul
yakinlah, kepada janji-Nya
tetaplah, bahagia dunia akhirat
Tiada terpadam iman
tetap terpancar putih
cahaya kalbu takwa
dalam hidayah , kasih sayang-Nya
Lirik oleh ; Ony Latifah Osman
Kota Kinabalu
12 Okt 2003
LIRIK NASYID -2
ISLAM PEMBAWA RAHMAT
Islam agama yang benar
islam agama yang syumul
islam agama pembawa rahmat
untuk umat sekalian manusia
*Berpesan-pesanlah pada kebaikan
jauhi segala fasad, kemungkaran
patuhi ajaran-Nya dengan istiqamah
susuri hayat damai sakinah
Islam agama yang benar
islam agama yang syumul
islam agama pembawa rahmat
untuk umat sekalian manusia
*Segala kebaikan benih kebajikan
dikasihi hidup sesama insan
Malaikat mengamin luhur keikhlasan
menuai pahala di hari kemudian
Islam agama yang benar
islam agama yang syumul
islam agama pembawa rahmat
untuk umat sekalian manusia.
Lirik oelh : Ony Latifah Osman
Kota Kinabalu
13 Okt 2003
5.15 pagi.
LIRIK NASYID -3
AROMA CINTA ILAHI
Kuhanyut dibawa rindu syahdu
pesona kalbu cahaya kasih
gemerlap hidayah kurniaan Ilahi
kekallah di jiwa sepanjang zaman
Kupakai aroma cinta Ilahi
kubawa kembara meniti hayat
mengharung dugaan dengan kesabaran
perisai tawakkal lakaran iman
cerminan ukhuwah yang abadi
satu jasad mengadu derita
roh seiring penuh ketakwaan
tegak mara membela kebenaran
kuhanyut dibawa rindu syahdu
pesona kalbu cahaya kasih
gemerlap hidayah kurniaan Ilahi
kekallah di jiwa sepanjang zaman
Lirik oleh : Ony Latifah Osman
Sabandar
13 Okt 2003
12.38 malam
Lirik Nasyid -4
SALJU KETAKWAAN
Sirami hayat salju keimanan
penuhi jiwa salju ketakwaan
singkaplah perjuangan sirah zaman
menjulang kebenaran keagungan Tuhan
Hidup damai tanpa sengketa
harmoni sejahtera paduan jiwa
sedegup nafas teguh ukhuwah
akhlakul karimah menjana ummah
Mengabdi tawadhuk pada-Mu, Tuhan
syukur, redha penghias insan
hanya engkau melestari kebahagiaan
mercu cinta taman hakiki
Sirami hayat salju keimanan
penuhi jiwa salju ketakwaan
singkaplah perjuangan sirah zaman
menjulang kebenaran keagungan Tuhan.
14 Oktober 2003
4.03 pagi.
Lirik Nasyid -5
MUNAJAT
KERAHMATAN ILAHI
kusambut citra rindu kekasih
di perdu sukma cinta sejati
haruman cendana ke langit tinggi
berdoa, bermunajat kerahmatan Ilahi
Duka dan lara hidup insan
adukan gundah pada Ar-Rahman
simpulkan kasih penuh kesetiaan
bertaqarrub, bertakwa, sujud keinsafan
Tempuhlah hidup dengan keyakinan
melangkah gagah jalan kebenaran
usah alpa pesona keduniaan
kerlipan sementara tiada abadi
Kusambut citra rindu kekasih
di perdu sukma cinta sejati
haruman cendana ke langit tinggi
berdoa, bermunajat kerahmatan Ilahi.
Sabandar, Tuaran
14/Okt/2003
6.10 pagi.
Lirik Nasyid -6
RAMADHAN
PENGHULU BULAN
Bulan ramadhan penghulu bulan
kita berpuasa sebulan ramadhan
rukun ketiga perintah Tuhan
kita tunaikan dengan kesedaran
Jangan lalaikan segala peraturan
syarat wajib sunat, diperhatikan
istiqamah beriring teguh keimanan
takwa penguat ruh kehidupan
Selepas isyak solat terawih
selepas terawih kita bertadarus
bermunajat berdoa memohon maghfiroh
agar amalan diterima Tuhan
Sepuluh malam yang terakhir
ibadah digandakan mencari keredhaan
'Lailatul Qadar' menjadi idaman
hadiah pahala seribu bulan.
Sabandar -Putrajaya- Kota Kinabalu
2 November 2003
3. 46 pagi.
|