SENARAI
KARYAWAN SABAH
Amil
Jaya
Harun
Hj Salleh
K.Bali
Jamdin
Buyung
Noraini
Hj Salleh
Dayang
Salmah
Shuhaibun
Yussuf
Seri
Nanti
Rajuna
Keningau
Ahzam
Sabah
Aziz
Ahmad
ABM
Fajeer
Dahali
Alias
R
Hamzah Dua
Zaiton
Ajamain
Ramlee
AR
Rubiah
Nordin
Azmah
Nordin
|
Shuhaibun
Yussuf |
|
MALAM TINTA EMAS
EMAS dimaksudkan
sebagai cemerlang memang sesuai, pertama ditujukan kepada Majlis
Bahasa dan Sastera Sabah
(MBSS) dan kedua kepada semua penulis yang hadir yang Datuk Sapawi
anggap merupakan vip yakni orang-orang penting yang diraikan. Ketua
Menteri yang meluangkan waktunya hadir menghadiahkan sesuatu yang amat
bermakna. Senyumnya turut meletakkan harapan yang tinggi bahawa para
penulis mampu melahirkan karya-karya sastera yang bernilai.
Benarlah
bahawa majlis Malam Tinta Emas amat sesuai untuk mempertemukan para
penulis lama dan baru. Ini terbukti dengan kehadiran penulis yang sudah
lama tidak bersama-sama seperti RM Jasni, Datuk Hj Halik Zaman, Hjh
Noraini Datuk Hj Salleh,suaminya Hj Mohd Ahyar Nasution, Datuk Murshidi
Nambi, Datuk Dahali Elias, Cikgu Hj Aziz Ahmad, Sidek Kolo di samping
Pak Shuhaibun, Hjh Dayang Salmah, Datuk Hj Ismail Abbas dan rakan-rakan
seangkatan saya dari utara seperti Saibil Madun, Ramli Golah, Jair Sulai,
Azmah Nordin, Siti Rahmah Ibrahim, Adyloil Rauf, Saik Darwisus, Cikgu
Ramli AR, Masrani Madun, Jasni Matlani, Sairah Antin, Daniel Janaun, AMB
Fajeer,Ustaz Haji Jalidar, Ustaz Haji Ariffin Arif, Mad Sakiran dan yang
lebih muda misalnya Mabulmaddin Hj Shaiddin, Oneh Latifah Osman, Welin
Ebal dan lain-lain.
Bila
penulis bertemu, banyak perkisahan menjadi bahan perbualan. Tentang masa
lalu, masa kini dan masa mendatang. Ada waktunya perbualan terhenti
kerana tidak tahu apakah yang akan berlaku selepas ini. Selepas bertemu
apa jadi dengan peribadi seorang pengarang atau peranannya sebagai
penulis. Apatah lagi individu yang sudah bergelar sasterawan dan
budayawan. Terdapat penulis yang sudah mempunyai gelaran tertentu pada
zamannya. Inilah natijahnya apabila bercerita tentang masa mendatang.
Saya melihat ini pada raut wajah Rajuna Keningau (RM Jasni) dan
Ahzam Sabah (Halik Zaman).
Tetapi
mungkin hasil perjumpaan begini akan menjana semula minda yang terhenti
seketika untuk menghasilkan cerpen, puisi ataupun novel semula. Tentulah
tidak mudah. Barangkali ada yang diam tetap dengan bahan yang disimpan
sambil yang diam dalam diam berpanjangan disentak oleh pancaran
kata-kata rakan taulan akan berfikir apabila pulang.
Atau
letakan harapan di tempat asalnya namun pada masa yang sama memberi
ruang kepada generasi baru mengambil tempat menjawab persoalan-persoalan
masa kini yang amat mencabar. Zaman penulis lama tetap menjadi imbauan,
kenangan dan pengajaran tertentu kepada penulis generasi baru. Benar
ramai penulis lama telah hilang tetapi karya mereka tetap bersama kita.
Semangat mereka demikian juga. Ketiadaan K.Bali, Hj Harun Hj Salleh,
Seri Nanti yang lebih awal meninggalkan kita menjadi buktinya.
Pada
saya bertemu dengan penulis-penulis lama dan seangkatan bahkan penulis
baru memberikan harapan yang tidak pernah bernoktah bahawa medan sastera
tetap menjadi pilihan dalam perjalanan seorang yang bergelar penulis.
Adalah mustahil penulis tidak mempunyai bahan untuk meneruskan
perjalanannya dan ini disuarakan kepada saya oleh ABM Fajeer.
Pertanyaannya: percayakah saudara penulis kekurangan idea?
Nah,
emas diberi tentu saja emas juga yang harus kita tuai. Dengan kata-kata
yang lain bijak bistari insan penulis akan mewajahkan emas yang di dalam
batinnya nilai jatidiri yang akhirnya dirasai, dinikmati, dilestari oleh
orang lain yang menghargai cahaya lilin para penulis. Sengsara seseorang
penulis hanya dapat diuji apabila dia berjaya menyampaikan maklumat
fikirannya kepada pembaca dengan berkesan. Bukan syok sendiri.
|