PERKARA 8 - UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN IPS   

Perkara 1 Perkara 2 Perkara 3 Perkara 4 Perkara 5 Perkara 6 Perkara 7
PERKARA 8 Perkara 9 Perkara 10 Perkara 11 Perkara 12 Perkara 13 Perkara 14

            8.     KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI 

8.1        Ketua Satu dalam masa jawatannya hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat agung dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Beliau mempunyai undi pemutus dan hendaklah menandatangani peringatan-peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Beliau hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Setiausaha Satu dan Bendahari. 

8.2        Ketua Dua hendaklah memangku jawatan Ketua Satu semasa ketiadaannya. 

8.3        Setiausaha Satu hendaklah menjalankan kerja-kerja pentadbiran Persatuan mengikut undang-undang dan hendaklah beliau menjalankan perintah-perintah mesyuarat agung dan mesyuarat jawatankuasa. Beliau bertanggungjawsab mengurus hal-hal surat-menyurat dan menyimpan semua buku-buku kewangan. Setiausaha Satu hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan dan alamat tiap-tiap ahli. Beliau hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat  catatan mesyuarat. Beliau hendaklah menandatangani  semua cek Persatuan bersama-sama Ketua Satu  dan Bendahari. Setiausaha Satu hendaklah di dalam  masa 60 hari dari tarikh mesyuarat agung tahunan diadakan mengirim penyata tahuan  Persatuan  kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 4 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

8.4        Setiausaha Dua hendaklah menolong Setiausaha Satu menjalankan kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Satu. 

8.5        Bendahari adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Beliau hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan dengan semua perkara kewangan dan ber-tanggungjawab di atas kebetulannya. Beliau juga hendaklah menandatangani semua cek Persatuan bersama-sama dengan Ketua Satu dan Setiausaha Satu. 

8.6        Penolong Bendahari hendaklah membantu Bendahari menjalankan kerja-kerja dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Bendahari 

8.7        Ketua Perangan bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan-kenyataan akhbar, memberi ucapan-ucapan penerangan dan mengedar risalah-risalah mengenai Persatuan. 

8.8        Kewajipan-kewajipan Ahli-ahli Jawatankuasa ialah membantu mengendalikan semua urusan dan kegiatan Persatuan seperti tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Satu dari semasa ke semasa. 

 

kembali