PERKARA 9 - UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN IPS   

Perkara 1 || Perkara 2  Perkara 3 ||Perkara 4  | |Perkara 5 ||| Perkara 6 || Perkara 7 || Perkara 8 || PERKARA 9 || Perkara 10 | Perkara 11 || Perkara 12 ||Perkara 13 || Perkara 14

 

           9.                  KEWANGAN 

9.1        Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Persatuan ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Persatuan, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji dan upah memeriksa kira-kira, tetapi walau bagaimanapun tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang dijatuhkan hukuman di mahkamah. 

9.2        Bendahari dibolehkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 100.00 pada suatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang dipersetujui oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank hendaklah di atas nama Persatuan. 

9.3        Segala cek-cek atau kenyataan wang daripada kira-kira Persatuan hendaklah ditandatangani bersama oleh Ketua Satu, Setiausaha Satu dan Bendahari. Kerana ketiadaan Ketua Satu, Setiausaha Satu atau Bendahari maka berkuatkuasalah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang  Persatuan. 

9.4        Perbelanjaan yang lebih daripada RM1,000.00 bagi suatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih dari RM 20,000.000   bagi sebulan tidak boleh dilakukan  tanpa  mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Ketua Satu bersama dengan Setiausaha dan Bendahari. 

9.5    Penyata daripada hal wang yang diterima dan dibelanjakan berserta timbangan kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperikasa oleh Pemeriksa Kira-Kira mengikut Fasal 10 dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dibekalkan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di mesyuarat bagi Persatuan.

9.6    Tahun Kewangan Persatuan ini bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun.

 

kembali